السّلا م عليکم ورحمةالله وبرک

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرک

Salam Ukhuwah uat semua umat islam...

Tuesday 14 February 2012

Trend TemuJanji Kite....

Wiweett.... ha ari nim nk diskas sal trend time janji nk p somewhere ngn member2... mane ek??
persoalan bkn mna, tp time jnji 2, mcm2 hal laaa....
mcm kt bwh --->>

SITUASI 1



Gurl 1: (dlm msj) "oit, ade mane?? jom kuar, borink loh duk umah.."

Guri 2: ok jgk, g bndar nk?? mkn angin.. nk p kul brape??

Gurl 1: dlm kul2.30 ok x??
Gurl 2: ok2,..


(2.45ptg..)


Gurl1: ko ad mna?? kul2.30 lbih da ni..
Gurl 2: jap2 on da way da ni...(walhal bru nk siap2, mekap pon blom ag)



Stengah jam kmudian...


Gurl 1: wei, lame nye, nk p x ni??
Gurl 2 : sorry la, aku xjd g, xdop knderaan..


**td bkn main ckp on da way.....

Monday 13 February 2012

Entah pape laH..

Assalamualaikum semua...

Hai, xjwab dose tau salam 2... yg sbnar2nye aku pon xtau nk wk entry ape ek skrg ni..sbb aku blur trus time nk tulis citer,, tengok blog orang lain, fuh. macam2 diorang post entry, aku pulak best jer bace entry diorang sampaikan bolg aku ni entah pape la....haha
2 la, tengok org wk blog, kite nk wk jugak,, bkn ape la, blog org lain smua cute miut je aku tngok, ade kaler2, ade kartun2.. mcm mna tak jeles?? cer citer... aku ape lagi sign up trus ar..

aiyya... tau jela kan. nak cari pendapat readers la neh, nak cari komen2 kome smua la...alahai....
da 2, bukak pesbuk pon bosan, ari2 tngok post wall same je, nak makan pn cakap, nak tidor pon cakap, nsib baik nk tut tut pon xcakap.. klu diorang cakap, mmg aku suspek, eh respect ah..haha.. tak senonoh punya olang. hish!!
ekcelly aku pantang ar bukak pesbuk terus nampak la post wall to wall.. yela, tambah2 diorang kapel, aku bkn nk jeles ke ape... (eee xkuasa aku nk jeles la).. ayatnye ntah pape la.xdop gamok aku...eeuuwww...
agak2 la kome...

k la, 2 ajew!! ceh, macam nk lepas marah jer?? hohoho

Tuesday 31 January 2012

TAHUKAH KAMU??...mksud dan kelebihan ayat kursi...


Mafhum Ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.




Khasiat Ayat Kursi:


 Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday 29 January 2012

KUASA WANITA....

KEHEBATAN perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.



Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2.Anthony dan Cleopatra

3.Hitler dan Matahari

4.Samson dan Delila

5.Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1.Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain. 2.Nabi Ayub dan Siti Rahman. 3.Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar. 4.dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda :”lbu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi Nya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmati Nya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:

“Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”?

Saturday 21 January 2012

coretan suker2..

  gedebok!! "ouch!sakit la!! buta ke? xnampak ke orang tengah jalan ni?mata letak kat mana ha??" marah Sarah.

 'amboi...bukan main lagi minah ni,ingat aku ni sengaja ke nak main langgar-langgar?' gerutu hati Faris.

 "apesal ngan awak ni ha??pagi-pagi lagi nak tengking-tengking orang? yang awak jalan sambil tunduk ke bawah tu kenapa? ada emas kat kaki awak ke?" soal Faris pula tanpa menjawab soalan daripada Sarah.

 "errr...eh awak jangan nk cakap bukan-bukan ea..cakap ikut sedap mulut je.." Sarah cuba untuk menafikannya. Biarpun kesalahan kini terletak kepadanya. Ramai orang sedang menonton 'aksi' mereka di khalayak ramai.

"dah la,malas aku nak layan."
"tak nak layan sudah,ingat aku teringin sangat nak layan kau?"





Sunday 1 January 2012

FAsal Aquuu....HeHeHe....


Nama Penuh ~ Nur Syarizan Bt Othman


Tarikh Lahir ~ 10 Jun 1991


Hobi ~ Bace blog Or Profile org len,


Makanan/Minuman Pebret ~ Tomyam/Asam pedaz & Milo ais


Tentang Diri sdiri ~ budak puan yg simple jer..ska wk lwak(bleh la)..anak ke2 dr 7 org...






SOKLAN LEN


Apakah Kelab Bolasepak kegemaran ?

Real Madrid (cz ska tngok C.Ronaldo..hak3)

Anda fobia kepada apa?


Katak...klu terpgang konpem menjerit mcm KL MENJERIT..hoho

Lagu yg mengingatkan saye kpd zaman kanak-kanak:

Lagu lama Tinkle Bell...(yekot)

Cita-cita masa sekolah rendah?

Cikgu

Ketika di sekolah, apakah matapelajaran yg  paling lemah?

Sejarah n Math...sampaikan cikgu pon dok perli2..haha

BFF masa sekolah sekolah rendah dan sekolah menengah:

Ramai ar...

Apakah sukan kegemaran / sukan yg  mahir?

Sukaneka je sebab tu je yang tau main. sebab Saya kaki bangku (^_^)

Apakah lagu nasyid yg paling  hafal?

Teman sejati (Brothers)

Apakah alat muzik yg  teringin nak main?

piano, best jer nampak orang len main.

Nombor kegemaran:

10

Tarikh paling best. Kenapa?

10/6 sebab tarikh birthday saya

Kalaulah… (Sambung ayat ni):

Saya kaya, saya nak kliling bumi ni....

Satu perkataan yg menggambarkan diri sy

sensitif

Warna yg takkan  pakai?

Hijau kepala itik

 rasa  cukup tinggi tak?

Tak

 suka lelaki yg lebih cerah atau lebih gelap ? Kenapa?


Lebih cerah sebab saya dah kulit gelap :P



Paling suka...

shoping.



xsuka
orang control macho n smbong!! specially LELAKI!